Jumaat, 17 September 2010

kau yang aku lukai

Aku seorang perempuan,
Sering bergelut dalam emosi,
Mengapa emosi yang menerjah dahulu?
Kemudian logika datang bertanya,
Mengapa kau buat begitu?
Tanya logika kepada emosi,
Aku hanya mengikut kata hati,
Jawab emosi pada logika.

Haruskah emosi yang menyerang dahulu
Sebelum logika sempat menghalang,
Hingga terguris hati kesayangan,
Pabila hatinya terguris,
Barulah aku serba salah,
Maaf,
Kata-kata itu mungkin sudah bosan didengar,
Tidak terniat untuk meluahkan kata-kata yang datang dari emosi,
Perkataan Maaf itu datang dari logika dan hati,
Bukan salah hati,
Bukan salah emosi,
Bukan salah logika yang lambat bertindak,
Salah aku yang tidak mengawal semua ini,

Aku masih belajar,
Belajar untuk mengawal emosi dan logika,
Namun dalam proses ini,
Aku melukakan hati kedua-duanya,
Hatinya dan hatiku,
Yang sering kuharap akan bersatu,
Makin tersentuh pabila Dia memaafkanku,
Namun ku tahu apa yang berlaku tetap terpahat di ingatan,

Sayang,
Aku sering kecundang pabila mencuba,
Namun aku tidak mahu kehilanganmu,
Tidak mahu melukakan hatimu,
Aku kan terus mencuba,
Hingga dapat ku kawal sepenuhnya......
 
*sumber dr blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan