Sabtu, 4 September 2010

hingga hujung nyawa~

adakah kekal dia milik aku hingga ke akhir hayat ini??adakah cintanya akan tetap utuh hanya untuk aku?adakah kasih sayang nye..tetap mekar hanya untuk aku??jawapan nya tiada pada aku..tiada pada dia..dan tiada pada sesiapa..hanya Allah saja yang maha mengetahui apa yang bakal terjadi..dan sebagai hamba yang begitu kerdil di sisi yang maha Esa,aku hanya mampu mengharap agar dia kekal bersama aku walau dalam keadaan apa sekali pun.satu kan lah hati kami..taut kan lah kemesraan antara kami,agar rasa cinta antara kami...mekar dan mewanggi..ya tuhan..walau dia selalu leka dalam menjaga hati dan perasaan ini..tak mengapa..aku sentiasa memaafkan dia,kerana bagi aku,dia lah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku yang sekali ini..sebolehnya aku mahu menjadi yang terbaik untuk dia walau aku banyak kurangnya.pernah aku suarakan pada dia..yang aku bukanlah wanita hebat,aku jua bukanlah teman yang baik..tapi dia dengan tenang berkata kepada aku..seburuk mana pun aku..aku tetap wanita yang dia cintai dan sanjungi..di mata dia aku tak ada sedikit pun kekurangan..dia menyintai aku seadanya..aku terharu,,ye...aku merasa begitu berdosa kerana pernah menyakiti hatinya..aku rasa begitu berdosa kerana membuat dia menangis..ya Allah..kau panjangkan lah jodoh kami..tetapkan lah hati kami.jangan lah kau palingkan perasaan kami kepada yang lain..kerana aku ingin menjadi teman hidupnya..hingga ke hujung nyawa.

Khamis, 2 September 2010

egokah aku?? mungkin ya~

sayang maafkan aku,kerana setiap perkataan yang aku tujukan kepada kamu,aku tahu memang melukakan hati kamu..aku sedar semua itu.hanya kerana terlalu mengikutkan hati yang tak pernah puas ini,maka aku tegar meluahkan segalanya mengikut emosi.begitu egokah aku kerana payah melafazkan kata-kata maaf??sedangkan aku tahu...semuanya yang terjadi adalah kerana aku.sayang,aku tahu kamu begitu sayang pada hubungan ini...hubungan yang mendapat restu orang tua kita,tapi mengapa aku merasa perasaan aku ini terlalu berbeza seperti dulu.ya...manusia memang mudah berubah,tapi sebolehnya..aku tidak mahu perasaan cinta aku berubah terhadap kamu.puas sudah sayang aku menilai baik buruk kamu,yang pasti kamu adalah lelaki yang terbaik buat aku..sayang,aku tahu aku banyak bedosa kerana selalu menguris hati lelaki kamu..aku tau,kamu pernah menanggis sayang,mungkin kerana kamu dah terlalu sakit dengan semua ini...tapi aku tetap dengan keegoan diri..maafkan aku sayang kerana tak pernah melafazkan kata-kata maaf dihadapan kamu..sayang sekiranya aku masih tetap begini,dengan kerelaan hati ini..kamu pergilah mencari yang terbaik,wanita yang bisa merawati hati kamu..kerana aku bukan yang terbaik buat lelaki yang terbaik seperti kamu~

novel

novel?? aku memang kaki novel~ni salah satu novel kegemaran aku >andai itu takdirnya<berulang kali aku baca pun tak jemu,kisah yang sedih..air mata pun meleleh bila baca novel ni..cuma sejak-sejak akhir ni..tak sempat nak pergi membelek-belek novel yang terbaru ..sibuk dengan kerja dan urusan seharian..

memori kem warisan


rasa rindu,tetiba menerjah...ye,,rindu pada teman-teman seperjuangan ketika berada di kem plkn~rindu pada waktu kita berdikir barat bersama,terlalu banyak kenangan yang tak mampu aku buang dari kotak fikiran ni..ingat lagi,waktu ketika team kita~dom bp6..sama-sama melantak kfc didalam dom..kelakar kan??mentang-mentang kita dapat kem yang jauh dalam ladang kelapa sawit..dan dah lama tak dapat menjamah ayam kfc...makan bagai nak rak..hehehe~dan time dak dayah..dengan rela hati,menjadi tukang gunting rambut aku~haha..dayah ada tokoh jd tukang gunting rambut..ramai puji..rambut aku macam rambut cleopatra~hasil kesungguhan dak dayah~juga aku rindukan amoi-amoi...dom kita,u all memang baik la...semoga apapun yang kalian lakukan sekarang..hope sentiasa happy seperti zaman remaja kita dulu~

Rabu, 1 September 2010

sayang

sayang~ku bawa jauh rinduku,kerana aku telah tahu kau bukan milikku..
sayang,sesungguhnya bukan mudah menjalani hidup tanpa kau disisi
jauh disudut hati,aku masih bermimpi..mimpi yang indah esok kau kembali
jauh disudut hati ada waktu-waktunya,aku berdoa...kau pulang semula
sayang,biar aku mengingati mu,biarku gantung...harapan hingga sampai waktu nafas terakhirku~