Isnin, 6 September 2010

sEbuah aRtikeL Yg dituLis oLeh Dr HM Tuah~

Lihatlah rama-rama, ia cantik.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan
sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna
dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai
oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya
kembali tidak tertarik padanya lagi.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang
tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan
yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa
corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah
pudar ia tidak dipedulikan lagi.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.
Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.
Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya
bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk
sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu
anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang
kehidupan serba susah sebelum itu.
Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah
lambang pengorbanan ibu bapa.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda
dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan
melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam
tangan yang hanya akan meleraikan
warna-warna anda. Setelah warna- warna itu
hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun
yang punya nilai dan maruah diri, anda akan
lebih dihormati. Jadilah rama-rama yang
mengindahkan alam, jadilah wanita yang
membanggakan semua orang.

ingatan untuk diri sendiri dan semua insan yang bergelar hawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan